Assalamualaikum,
okey... ermm... dah lama tak post ape-ape entry sejak masuk ipg terchenta ni. Memang busy baq hang katekoo. Aku pulak banyak program kene pegi, ke hulur ke hilir..
lagi-lagi sejak amik muzik as a minor ni, pergh... koir,koir dan koir jelah keje. Tiap-tiap malam ada je latihan koir tapi kitaorg kene handle sendiri. Dahsyat tak?
dengan zero experience then kene handle sendiri. senior pun takleh harap... haram jadah sangat diorg tu. HAHA.. okey tu ketawa menyampah nama dia. kenapa? sebab caps lock.
Skrg ni minggu final exam, dan aku tinggal lagi satu paper.
Hari ni exam second last punyer paper kat bangunan cempaka yang berhadapan dengan permandangan gunung-ganang yang indah permai.
Aku memang happy sikitlah hari ni , tau kenapa?
sebab aku dapat exam sekali dgn abg adam. haha
okey, kalo tetibe dia terbukak blok ni, matilah aku *dah terdengar lagu matilah kauu...*
hahaha...
mula-mula tu, aku sampai takde orang sgt pun. then, ada senior dpli-ppc tu dtg kat kitaorg. dia mcm nak make sure la "betul ke ni tingkat 3" .
Aku pun mcm kuangajar sikit jawab la "Eh taklah, tingkat 3 atas lagi" haha
sabar jelah dengan keAnnoyingan aku ni. Kuat lowyer buruk sebenarnya aku ni. Dah la akak-akak tu senior. haaa... amik kau.. padan muke.
Then, tetibe akak a.k.a farhana si kembar kate "mesti abg adam pun exam kat sini"
Perghh...aku masa tu memang dah bercahaya mata (*_*) blinkblink
Tetibe pulak, masa tu tgh tgk kat bawah .. ternampaklah abg adam dgn kawan dia baru turun dari motor and ofcos la naik ke tingkat 3 ni ... Aduhh.. Ya Ampunnn~
Masa tu si mamat nama lazSloam la, ashraf rahim la, yg hafiz tu, yg nabil tu pun baru sampai jugak.. diorg sume kat tempat aku dgn kawan-kawan aku melepak.. errghh... okey..
dah la kitaorg langsung tak bertegur.. lantaklah okey. As a senior, diorglah kene yg tegur dulu patutnya.
Tapi masa dlm dewan exam tu, abg adam duk belakang kot.. pelik pun pelik... bukan nama dia huruf A ke... haha.. okey aku memang sumpah tak tau ape nama penuh dia.. lantak dialah . haha
aku pulak mcm biasa duk belakang pali a.k.a Fazli
ada satu part lawak ni, aku tak dengar apelah yg lecturer ni ckp. suke sgt ckp syok sendiri. aku ni dahlah kurang pendengaran. haha
then, masa tu dia nak kutip kertas, dia kate soalan dengan jawapan tak payah ikat sekali ..
aku dah mcm *uwekkk* #_#
merengek mcm baby kat situ. pastu ada ke dia suruh gigit.
adalah yg nak makan penampor aku ni .. aku pun jawablah *saya takde gigi la nak gigit*
sekali pali kate *buat je kat tingkap tu, tingkap tu tajam* sebab masa tu kitaorg duk sebelah tingkap. so keje memang berangan habis la. haha
Sekali aku buat muke monyok masam plus susu basi kat dia. Last-last dia amik kertas aku dia yg pegi putuskan tali kat kertas tu guna tingkap. hahaha
nampak la sgt kan ... aku tau... mesti korg nampak sgt la aku ni manja giler mcm baby umur 4,5 tahun . tapi aku memang tak reti pun gigit and buat bende alah tu kat tingkap.
So,memang manja la kesimpulannya ni....haha .
Kesimpulannya hari ni, soalan yg aku jawab tu memang memerlukan ilham yg sgt tinggi nun di langit sampai aku rasa mcm kene terjun dari tingkat 3 cempaka tu untuk dapatkan jawapan walaupun hakikatnya aku tak terjun.
Okey.. The End
Kisah 16 November 2015, Isnin
do follow me at ig: annelisse7
No comments:
Post a Comment