Saat di pagi yang indah permai ni patutnya kita pergi tido
tapi pukul 8 pagi dah siap-siap kemas barang untuk trip ke pesta buku antarabangsa kuala lumpur kat MAEPS SERDANG,UPM
yesss.... sebenarnya ni plan last minute tau
plan yang asalnya nak gi hospital melawat anak lecturer aku tak jadi sebab lecturer aku takpayah dtg pun takpe... cukup tanya khabar...
Lepas tu adalah sorg makhluk ni, nama dia hakimin
patutnya dia pergi ragbi 29,30,1 mei
tapi disebabkan ada masalah dgn perebutan bas , acara rugby dibatalkan last minute
dia pun jadi frust
pastu rancang plan keje giler ni last minit
nak pergi pesta buku tgk buku dan habiskan baucer buku
aku pun terkezut kut masa ni
aku ckp kat dia dah plan nak pergi minggu depan, atleast ada elaun
boleh shopping sakan sikit
dia kate, takpe pinjam duit dia dulu
so kitaorg pergi jelah dgn plan last minute and cari kereta
aku deal kereta sewa myvi auto dgn ben , 1 hari = rm120
kira murah la sebab 5 orang bayar kan
so pukul 9 macam tu bermulalah perjalanan kami berlima iaitu
aku, azera, liyana, farhana, hakimin
memang pagi tu nyaman jgklah sebab kereta tak banyak, relax je bawak kete pun
driver first is adik kembar (liyana)
budak paling gagah la antara kitaorg
kimin pulak takde lesen, sebab tu takleh bawak kete
aku,farhana dgn kimin duk belakang , karok sekuat yang boleh
bak kata kimin "kete bujang"
haha... tapi setiap minit dgn saat tu ada je nak citer yg kitaorg bukak, kitaorg kupas, cerita balik, luahan perasaan, lawak-lawak bodoh pun ada, perghhh
memang best la
pasang lagu kuat-kuat mcm ape
Sampai maeps serdang dalam pukul 1 atau 2 mcm tu
Terus masuk hall yg ada buku utk tgk kalo ada buku pasal prasekolah ke
Rupanya memang banyak booth yg tunjuk aktiviti pasal prasekola, buku prasekolah,yg promo buku pasal prasekolah pun ada..
Banyaklah ... Kitaorg just kumpul idea je kat situ
Persediaan utk praktikum nanti sebenarnya
Pukul 5 mcm tu baru habis shopping buku, makan makanan yang sedap kat situ
Pukul 5 kitaorg pergi cari masjid upm utk solat
Masjid upm memang cantik kot, selesa,bersih
Perghh
Lepas dah rehat tu, pergi kat IOI CITY MEGAMALL,PUTRAJAYA
Kire mall tu yg paling dekatlah dengan maeps serdang tu
Besar giler kot mall tu, sebesar kapal titanic
4 tingkat and banyak giler aktiviti dlm tu
Sampai tak sempat nak tawaf semua kedai dalam tu
Tapi yg paling menarik hati iceskating la, cuma tak sempat nak main benda tu
Sebab dah nak pukul 10 masa pi tgk tu
Pukul 10 mall tu dah tutup, so mcm rugi jgklah bayar mahal-mahal tapi dpt main sekejap je
Jadi aku berdoa lain kali kalau ada masa, kita dtg situ dan try ice skating
Menyahut cabaran untk mencuba sesuatu yg baru
Lepas tu, pergi pusing2 satu mall tu dan terus keluar nak balik
Nak tgk movie, movie penuh, nak main theme park dah tutup
Mcm tulah... Masa mcm dah suntuk sgt
Pukul 12 bertolak dari putrajaya ke ipoh
Pukul 3 sampai ipoh
Tapi tak boleh masuk ipg sebab pagar kunci
So kitaorg decide tido dalam kete je kunun nak jimat duit
Tapi pd masa yg sama menghabiskan minyak kereta
Puihhhh
Kitaorg pilih tempat yg dekat dgn maybank tu
Tempat bawah pokok tau
Sejuklah kirenyer
Pastu aku duk depan tu bersandar la mcm biasa
Tetibe, kimin tekan tepi kerusi tu dia kate kerusi ni boleh turun lagi
Dia turunkan kerusi aku duduk tu ke belakang sikit
Pastu aku terus lena
Nampak tak gentlemennyer budak tu
Tapi pd masa yg sama aku risau jgk, takut dia sempir kat belakang
Tapi dia kata dia okey je
Aku pun terus tertido
Dlm masa 15 minit tido tu, tetibe nampak cahaya biru kat tepi
Tau tak ape? Kereta polis kot
Hahaha
Aku terus ckp, weh polis wehhh
Budak berempat yg lain tu terkejut plus mamai masa bangun tido tu
Polis tak marah pun la, kitaorg je yg emo sebab ada org kacau tido
Yelah...ada ke patut suruh pergi tempat lain
Aku rasa tempat tu selamat je
Tapi ...entah ape masalah dia entah
Menyampahhhhh
Aku rasa mcm nak bg kaki je, tapi sebab ngantuk, kimin suruh aku tido elok2
Tapi pada masa yg sama lawak jgk la
Sebab polis tu, nasib baik tak langsi
Langsi tu pak guard ipg la
Pekak namatiyyyy, kitaorg panggil dekat 10 kali tak layan pun
Lantak la kau, aniaya kitaorg mcm ni, tgklah nanti kau kena balik mcm mane
Huh.....
Akhirnya, last destination kitaorg ialah masjid batu lapan depan ipg tu
Pukul 6 pagar bukak dan kitaorg pun masuk ipg
Kesimpulannya, trip kali ini tamat pada pukul 6 pagi 2 mei hari isnin
Hahaha...
tgk tu, comel sgt, jatuh cinta lagi
ni kucing2 johan and his cats
boleh buat mop lantai kcing ni
kat IOI CITY MEGAMALL
Dah sampai ipoh
kat masjid UPM serdang
















No comments:
Post a Comment